Pages

Saturday, January 23, 2010

Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Assalamualaikum, para pembaca sekalian. Hari ini suka untuk saya catatkan mengenai USRAH (Keluarga), iaitu "Kunci Kebahagiaan Rumahtangga".

Saban hari kita mendengar berlakunya di sekeliling kita pergolakan rumahtangga, perkara ini bukanlah suatu perkara baru yg melanda masyarakat kita di zaman ini, malah sejak dahulu lagi. Dan apa yang asing bagi kita skrg adalah virus H1N1 itu sendiri.

Sudah menjadi kewajipan bg setiap individu yang ingin menikah agar mempersiapkan diri dari sudut ilmu pengetahuan dan harta yg mencukupi bg menyara isi keluarganya.

Sebenarnya kunci kebahagiaan rumahtangga ialah FAHAM. Itu sahaja. Apa yang cuba saya maksudkan di sini ialah persefahaman yang sebenar di antara kedua-dua pasangan mempelai. Memang tidak dapat dinafikan, memang ada individu pasangan itu yang merasa sangat sukar utk memahami pasangannya, namun ada juga yang sangat senang serta mudah memahami pasangannya. Ianya kelihatan kontra begitu.

Tetapi percayalah, ada caranya untuk kita faham pasangan kita itu, oppsss...salah pasangan anda, sebab saya belumpun punyai pasangan saya sendiri. :-)

Baiklah, di sini saya akan memperincikan lagi cara atau kaedah untuk memahami pasangan anda dan juga saya sendiri (Insya Allah, akan datang), semoga dengan apa yang dibentangkan di sini dapat kita jadikan panduan dan pedoman bersama. Insya Allah...

Antara sudut yang anda perlu nilai pada diri pasangan anda bagi mencapai tahap pemahaman sebenar ialah:

1) SIKAP / TINDAKAN. Fikirlah mengenai sesuatu sikap dan tindakan pasangan anda.
2) HATI. Dugalah apa yg pasangan anda bisikkan di lubuk hatinya.
3) FIKIRAN. Tanyakan pasangan anda apa yang sedang dia fikirkan.
4) SUARA / NADA. Boleh juga perhatikan gaya serta nada pasangan anda ketika menjawab.
5) MATA. Melihat pandangan matanya. Adakah dia selamba / kelihatan gelisah.

Setelah segala maklumat telahpun anda dapatkan ajaklah dia berbincang dengan anda (jika mmg anda mahu tahu perkara sebenar). Ketika itu, anda ajak dia sama-sama membuka hati dan fikiran serta memikirkan cara penyelesaian dan jawapan yang baik.

Maafkanlah jika pasangan anda membuat tindakan yang salah. Barangkali dia tidak mengetahui atau tidak sedar akan kesalahan tindakannya itu. Anggaplah, tidak tahu, terlupa, tertidur, merupakan rukhsah (keringanan). Ramai sekali pasangan yang hanya bergaduh tentang hal-hal remeh yang kecil kemudian dihebahkan satu dunia seolah-olah peperangan dunia yang keempat, kelima, keenam akan berlaku.

Jika anda terdengar pasangan anda meminta maaf kepada anda dengan mengatakan dia tidak tahu atau terlupa...balaslah dengan jawapan..."Tidak mengapalah, saya maafkan, lagipun awak bukannya sengaja, kan!". Apa yang penting..."KERJASAMA". Saling faham-memahami. Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Prosa Saya: RASA

Saya sedang merasai sesuatu.
Saya tidak mengerti sama ada
perasaan ini merupakan
sesuatu yang baik atau buruk.

Alangkah baiknya,
jika awak dapat rasa,
apa yang saya rasa.

Saya teringin untuk berkongsi
perasaan ini dengan awak,
tetapi saya bimbang
awak tidak akan mampu
menghayati sepenuhnya
perasaan saya ini.

Saya berharap
saya mampu mengawal
perasaan saya ini,
sepertimana saya dapat
membuat pilihan
sama ada ingin
merasa garam atau gula.

Wednesday, January 13, 2010

Proses Penciptaan Dunia & Pengakhirannya

Kita setuju dgn teori big bang yang mana suatu letupan telah berlaku & mengembangkan alam yang menjadi semakin luas. Itulah caranya bagaimana proses penciptaan dunia.

Setelah alam tadi jadi semakin luas dikeranakan letupan tadi, maka proses peluasan alam akan terhenti & akan kembali semula menarik semua yang diperluaskan, dengan mengkontraksikannya semula. Sehinggalah ketika pengkontraksian tadi berlaku, bumi akan berlanggar dengan bulan atau planet-planet lain atau sebagainyalah.

Kalau ana hendak gambarkan pada antum (kamu sekalian), ianya seperti antum semua genggamkan tangan kanan antum kuat-kuat, kemudian buka semula genggaman antum tadi serta membayangkan proses letupan tadi, semakin meluaskan alam semesta, meluas, meluas & meluas. Kmdian antum genggam sekali lagi tangan kanan antum itu (secara perlahan-lahan). Itulah mggambarkan alam yang meluas akan dihancurkan semula. Mengecil semula... Wallahu a'lam.


Catatan:

1) Teori Big Bang telah diperkenalkan oleh Stephen W.Hawking dlm bukunya A Brief History of Time: From The Big Bang to Black Holes.

2) Tahun 1929: Edwin Hubble dapati kluster2 galaksi pd setiap arah berkembang meluas.

3) John Gribbin mnjelaskan pernyataan Stephen Hawking dlm suatu perjumpaan ahli2 kosmologi di Geneva pd tahun 1983, menunjukkan alam semesta akan mengalami proses runtuhan ke dalam, iaitu proses yang berlawanan dgn proses pgembangan sekarang.

Rujukan:
Kajian Tentang Al-Quran al-Karim & Al-Sunnah Nabawiyah karya Prof. Madya Dr.Musa bin Fathullah Harun.

Peringatan: Semua ayat di atas adalah hasil rumusan & ringkasan saya sendiri. Untuk maklumat yg lebih detail, silalah rujuk buku Dr.Musa. Sekian.

Ulum Hadis

Hadis Sahih: Sanadnya bersambung (tanpa putus), Perawinya 'adil (tidak cela) & dhabit (kuat ingatan) serta tiada illah (kecacatan) & syaz (pertentangan) pd hadis (sanad & matan).

Hadis Hasan: Sanadnya bersambung (tanpa putus), Perawinya 'adil (tidak cela), hanya saja kurang kedhabitannya (ingatan yg tidak hebat) serta tiada illah (kecacatan) & syaz (pertentangan) pd hadis (sanad & matan).

Hadis Daif: Tidak menepati syarat-syarat sebagaimana pd Hadis Sahih & Hasan. Byk sekali jenisnya:
-Matruk - Mursal - Munqati' - Muallaq - Mu'dhal - Mudallas -Muallal & lain2...

Hadis Maudu': Hadis palsu.
____________________________________________________

Hadis Mutawatir : Hadis yg diriwayatkan oleh bilangan perawi yang ramai sehingga mustahil mereka sepakat untuk berdusta. Terbahagi kpd 2:
1) Mutawatir Lafdzi : Hadis-hadis yg sama lafaz & makna.
2) Mutawatir Ma'nawi: Hadis-hadis yg hanya sama pd makna tetapi berlainan lafaz.

Hadis Ahad: Hadis yg tidak mencapai taraf/darjat mutawatir. Ada 3:
1) Masyhur: Diriwayatkan lebih dari 3 org perawi.
2) Aziz : Diriwayatkan oleh 2 orang perawi.
3) Gharib/Fard : Diriwayatkan oleh seorang perawi.
(Ada pndpt mgatakan bhw fard lebih umum drpd gharib)

Usul Fiqh

Pembahagian Wajib

Masa:
1) Wajib Mutlaq: xditetapkan waktu tertentu utk tunaikan. Cth= Byr kaffarah.
2) Wajib Mu'qat: ditetapkan waktu tertentu utk tunaikan. Terbahagi 2:
a) Wajib Muwassa', wajib terbatas dgn masa yg luas: Solat Fardu.
b) Wajib Mudhayyaq, wajib terbatas dgn masa yg terbatas: Puasa Ramadhan.

Kadar:
1) Muhaddad (ditentukan kadar & ikut cara yg ditetapkan syarak): Solat Fardu.
2) Ghair Muhaddad (xditentukan kadar): Beri mkn kpd org kebuluran.

Mukallaf:
1) Fardu Ain, wajib setiap individu muslim yg mukallaf: Belajar Quran.
2) Fardu Kifayah, wajib segolongan muslim: Urus jenazah.

Perkara
1) Mu'ayyan, tiada pilihan: Solat Fardu.
2) Mukhayyar, ada pilihan: Kaffarah sumpah.
3) Murattab, mesti tertib: Kaffarah bersetubuh pd siang ramadhan.

______________________________________________________

Pembahagian Sunat

1) Sunat Muakkad, sunat yg utama, cela bg siapa meninggalkannya: Solat Berjamaah.
2) Sunat Ghair Muakkad, tidak cela bg siapa meninggalkannya: Puasa sunat hari Khamis.
3) Sunat Zawaid, adab & perilaku Nabi SAW seharian, xcela bg siapa meninggalkannya:
Cara mkn & minum Baginda saw.

____________________________________________________

Harus/Mubah: Boleh lakukan atau tidak, jika diniatkan kerana Allah swt, maka ia
peroleh pahala. Cth: Tidur.

____________________________________________________

Makruh (Tidak disukai): Dpt pahala siapa tinggalkannya. Cth: Makan makanan yg berbau
busuk sebelum masuk masjid.
____________________________________________________

Pembahagian Haram

1) Haram Lidzatihi (Berbahaya & mudarat): Mencuri/ merompak & lain2...
2) Haram Lighairihi (Haram dikeranakan sesuatu): Solat dgn pakaian curi.

____________________________________________________


Rujukan:
1. Pengantar Usul Fiqh. Dr. Rosmawati & Abdul Latif Muda

2. Pengantar Syariat Islam. Dr. Musa bin Fathullah Harun.

Tafsir Surah al-Fatihah

Tafsir al-Jalalain:

- Surah ini diturunkan di Mekah. Ada 7 ayat.

- Ulama yg mgatakan bhw Basmalah termasuk surah al-Fatihah, maka ayat yg ketujuh ialah bermula pd "Shiratol ladzina...(smpai habis)".

- Ulama yg mgatakan bhw Basmalah tidak termasuk surah al-Fatihah, maka ayat yg ketujuh ialah bermula pd "Ghairil maghdhu...(smpai habis)".

Ayat:
1. Dgn nama Allah Tuhan Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.
2. Segala Pujian bg Allah Tuhan Pentadbir sekalian alam.

Tafsir:
- Pujian kpd Allah.
- Sekalian alam: Alam manusia, alam jin & lain2...

3. Yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang.

Tafsir:
-Rahmat: menghendaki kebaikan bg org yg menerimanya.

4. Yg Menguasai Hari Pembalasan.

- Hari Pembalasan: Hari Kiamat.
- Tiada seorang pun yg mempunyai kekuasaan melainkan hanya Allah SWT shj di kala itu.

5. Sesungguhnya kpd-Mu kami tunduk menyembah, & kpd-Mu jualah kami memohon pertolongan.

Tafsir:
- Kami beribadah kpd-Mu spt mentauhidkan/mengesakan dan lainnya.
- Kami memohon pertolongan hanya kpd-Mu(Allah) dlm menghadapi semua hamba-Mu & lainnya.

6. Tunjukkanlah kpd kami jalan yg lurus,

Tafsir:
- Bimbinglah kami ke jalan yg lurus.

7. Iaitu jln org2 yg Engkau beri nikmat kpd mereka, bukan jalan mereka yg dimurkai & bukan pula jalan mereka yg sesat.


Tafsir:
- Nikmat melalui petunjuk & hidayah-Mu.
- Jln mereka yg dimurkai: Org Yahudi.
- Jln mereka yg sesat: Org Nasrani.
- Org2 yg mendapat hidayah itu bukanlah org Yahudi & Nasrani.

Wallahu a'lam. (Hanya Allah shj yg Mengetahui)

CINTA ITU BUTA (الحب اعمى)

PENGENALAN
Cinta sememangnya buta. Mengapa dikatakan begitu? Kerana seringkali kita mencintai apa yang jauh dari kita, apa yang dekat dari kita, apa yang tinggi dari kita, apa yang rendah dari kita, apa yang ada dari kita, apa yang tiada dari kita. Cinta…cinta…! Segala macam perkara kita cinta.

APA YANG DEKAT DARI KITA
Kita sangat mendukung dan menyedari apa yang dekat dari kita. Seperti kenalan, teman-teman dan sebagainya. Pada kita mereka sangat dekat dengan kita. Tetapi ada juga perkara yang dekat dengan kita iaitu kematian.

APA YANG JAUH DARI KITA
Kita sering berpandangan apa yang jauh dari diri kita. Yang ini sangat berkait rapat dengan kerinduan dan harapan. Kerinduan itu terhadap ibu bapa, ahli keluarga, teman lama yang kita rapat dengannya. Harapan pula, ada dikalangan manusia yang mengharapkan sesuatu yang jauh pada masa akan datang, seperti peniaga dan pelabur yang mengharapkan keuntungan pada masa hadapan, seorang pekerja yang mengharapkan kenaikan darjat dan pangkat pada masa hadapan, keinginan orang miskin untuk menjadi kaya pada masa akan datang dan sebagainya. Tetapi ada yang lebih jauh lagi yang kita rindukan dan menjadi harapan kita. Kita merindui Rasulullah saw yang sangat jauh(masa terdahulu) dari kita, sedang kita belum pernah melihatnya. Kita sangat mencintainya, sepenuh jiwa dan raga. Harapan yang jauh pula ialah kita sangat mengharapkan akhirat yang baik kelak buat diri kita, yakni syurga yang menjadi dambaan sekalian manusia.

APA YANG TINGGI DARI KITA
Mencintai kedudukan(darjat) dan pangkat. Mencintai pemimpin kita yang mulia dan baik(adil). Mencintai gaji atau upah yang tinggi. Tetapi tidak akan bangunan yang tinggi, yang mana kita sekadar mencintainya atau menyukainya apabila dilihat dari bawah sahaja, apabila kita berada di atasnya, kita mulai gayat; penuh ketakutan. Teringat kita terhadap Tuhan Yang Maha Esa dan Maha Tinggi yang menciptakan kita. Adakah kita mencintaiNya? Benarkah kita mencintaiNya? Tuluskah cinta kita kepadaNya? Sememangnya tidak dapat dinafikan memang ada dikalangan kita yang mencintaiNya dengan setulus hati. Sangat berharap pembaca mengekalkan rasa cinta kepadanya.

APA YANG RENDAH DARI KITA
Mencintai anak kecil. Mencintai remaja, belia, muda-mudi. Mencintai haiwan kecil seperti kucing, hamster dan lain-lain. Mencintai pekerja bawahan. Mencintai dan menyukai setem yang kecil (bagi penggemar setem). Juga seharusnya mencintai mata yang kecil, telinga, hidung, mulut, jari-jemari yang dikurniakan kepada kita oleh Allah swt dengan menggunakan sebaiknya.

APA YANG ADA DARI KITA
Mencintai ibu bapa, adik-beradik, dan suami/isteri tercinta. Mencintai kemahiran dan kebolehan yang ada pada diri kita. Itulah kurniaan Ilahi. Syukurlah kepada-Nya.


APA YANG TIADA DARI KITA
Mencintai harta atau wang yang banyak sedang ianya tiada pada diri kita. Cintailah keimanan jika belum merasa kemanisannya(belum ada dalam diri kita). Cintailah Tuhan walaupun kita tiada dapat melihat-Nya, melainkan di syurga kelak. Allah tetap melihat dan mengetahui apa yang kita kerjakan. Yakinlah Allah itu Esa dan tiada sekutu baginya.

Cerita Fasal Hadis

1. Pengenalan

Hadis berfungsi sebagai hujjiat. Erti kata hujjiat itu bermaksud penzahiran, penyingkapan dan penunjukan. Oleh itu, apa yang dimaksudkan Hujjiat al-Sunnah di sini ialah keadaan al-Sunnah sebagai sesuatu yang menzahirkan hukum Allah SWT atau sebagai dalil atau petunjuk ke atas hukum Allah SWT tersebut.

Jika kita mengetahui atau menyangka kewujudan hukum Allah dengan perantaraan al-Sunnah, maka wajiblah bagi diri kita untuk beramal dengannya. Dengan kata lain, al-Sunnah merupakan sumber hukum yang dengannya kita mengetahui hukum Allah SWT, dan kerananya juga ia mesti dijadikan sebagai pegangan bagi sekalian manusia terutama umat Islam itu sendiri.

Sudahpun sepakat oleh jumhur ulama, bahawasanya al-Sunnah itu sebagai sumber perundangan Islam kedua selepas al-Quran. Di mana fungsinya berbagai:

1. Terkadang, al-Sunnah berfungsi sebagai penguat hukum yang sudah ada di dalam al-Quran.
2. Terkadang, al-Sunnah itu berfungsi sebagai penafsiran atau pemerinci hal-hal yang disebut secara mujmal di dalam al-Quran, atau memberikan taqyid terhadap hal-hal yang terdapat di dalam al-Quran secara muthlaq, atau memberikan takhshish (pengecualian) terhadap ayat-ayat al-Quran yang ’am. Kerananya, tafsir, taqyid dan takhsish yang datang dari al-Sunnah itu memberikan penjelasan kepada makna yang dimaksud ayat-ayat yang ada di dalam al-Quran.
3. Terkadang, al-Sunnah tersebut menetapkan dan membentuk hukum yang tidak terdapat di dalam al-Quran, atau al-Sunnah ini menetapkan hukum yang tidak disebutkan di dalam nas al-Quran.

Al-Khathib meriwayatkan bahawa Imran bin Husain RA suatu hari duduk bersama sahabat-sahabatnya. Tiba-tiba salah seorang dari mereka berkata: Janganlah kamu menceritakan kepada kami selain al-Quran! Maka Imran memanggilnya: Mendekatlah ke mari! Orang yang mengatakan itupun mendekat. Kemudian Imran berkata kepadanya: Tahukah kamu, seandainya kamu dan sahabat-sahabat kamu hanya berpegang kepada al-Quran sahaja, maka apakah kamu akan mendapatkan penjelasan darinya bahawa solat Zhuhur itu empat rakaat, solat Ashar itu empat rakaat, solat Maghrib itu tiga rakaat, dan kamu mengeraskan bacaan pada dua rakaat pertama sahaja? Tahukah kamu, seandainya kamu dan sahabat-sahabat kamu hanya berpegang kepada al-Quran sahaja, maka apakah kamu akan mendapatkan keterangan darinya bahawa Thawaf mengelilingi Baitullah itu tujuh kali, begitu pula Sa’i antara Shafa dan Marwah? Selanjutnya ia berkata: Wahai kaumku! Ambillah dariku (sunnah Rasulullah), kerana sesungguhnya -Demi Allah- jika kamu mengabaikannya, nescaya benar-benar kamu akan tersesat.


2. HADIS.

Hadis menurut bahasa ialah al-jadid (baru), bentuk jamaknya adalah ahaadits, bertentangan dengan qiyas. Dinyatakan pula di dalam al-Qamus:
 الحَدِيث هُوَ الجَدِيد وَالْخَبَر  (Hadis bermaksud sesuatu yang baru atau perkhabaran).

Sedangkan menurut para ulama hadis adalah:

مَا أُضِيْفَ إِلَى النَّبِي صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ قَوْلٍ أَوْ فِعْلٍ أَوْ تَقْرِيْرٍ أَوْ وَصْفٍ خَلْقِيٍّ أَوْ خُلُقِيٍّ.
Segala sesuatu yang disandarkan kepada Nabi SAW baik ucapan, perbuatan, ketetapan, sifat diri atau sifat peribadinya.

Dengan definisi ini hadis mauquf, yakni sesuatu yang dinisbahkan kepada sahabat, dan hadis maqthu’, yakni sesuatu yang dinisbahkan kepada tabi’in, tidak termasuk dalam kategori hadis. Demikian menurut pendapat al-Karmani dan al-Thayyibi.

Namun jumhur ulama berpendapat bahawa kedua jenis hadis di atas termasuk dalam kategori hadis, kerana hadis dan khabar menurut mereka adalah sama dari segi kehujahannya. Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar menjelaskan di dalam kitab Nuzhat al-Nazhar: Khabar menurut jumhur ulama hadis adalah sinonim dengan kata hadis. Dengan demikian, menurut jumhur ulama tidak ada perbezaan antara hadis dan khabar.


Oleh kerana itu, definisi hadis yang paling komprehensif menurut pandangan Dr. Nuruddin Itr adalah:
مَا أُضِيْفَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ قَوْلٍ، أَوْ فِعْلٍ، أَوْ تَقْرِيْرٍ، أَوْ وَصْفٍ خَلْقِيٍّ أَوْ خُلُقِيٍّ، أَوْ أُضِيْفَ إِلَى الصَّحَابِي أَوِ التَّابِعِي.

Segala sesuatu yang dinisabahkan kepada Nabi SAW, baik berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, sifat diri atau sifat peribadi, atau dinisbahkan kepada sahabat atau tabi’in.


3. SUNNAH.

Al-Sunnah dari segi bahasa bererti jalan, adat atau kebiasaan. Sunnah seseorang ialah adat atau kebiasaan atau apa yang biasa ia lakukan sama ada baik atau buruk.

Di dalam surah al-Nisa’, ayat 26, Allah SWT berfirman:
Maksudnya: Allah hendak menerangkan (hukum syari'at-Nya) kepadamu, dan menunjukimu kepada jalan-jalan orang yang sebelum kamu (para nabi dan shalihin) dan (hendak) menerima taubatmu. dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Dan Rasulullah SAW bersabda:
« مَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً حَسَنَةً فَلَهُ أَجْرُهَا وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَىْءٌ وَمَنْ سَنَّ فِى الإِسْلاَمِ سُنَّةً سَيِّئَةً كَانَ عَلَيْهِ وِزْرُهَا وَوِزْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا مِنْ بَعْدِهِ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَىْءٌ ».

Barangsiapa mengerjakan suatu pekerjaan baik dalam Islam, maka dia memperoleh pahalanya daripada orang yang mengikuti perbuatannya itu, tanpa mengurangi pahala mereka masing-masing. Dan barangsiapa yang melaksanakan suatu pekerjaan jahat, maka dia akan mendapat dosanya, dan dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosa mereka masing-masing. (Riwayat Muslim)

Dalam tradisi Islam, isitilah sunnah juga dipakai sebagai istilah perilaku Islamik. Seperti dikatakan: Si folan sesuai dengan sunnah. Mengikut istilah fuqaha’, al-Sunnah sama dengan al-Mandub, iaitu amal perbuatan yang diberi pahala bagi orang yang melakukannya dan tidak berdosa atas orang yang meninggalkannya.

Menurut istilah sebahagian muhadditsin, al-Sunnah adalah segala sesuatu yang dinisbahkan kepada Nabi SAW secara khusus, sedangkan menurut majoriti mereka, al-Sunnah meliputi segala sesuatu yang dinisbahkan kepada sahabat dan tabi’in.

Akan tetapi, hasil yang cermat menunjukkan bahawa kebanyakan kata al-Sunnah dipakai oleh ulama usul al-fiqh. Mereka (Ushuliyyin) mendefinisikannya sebagai berikut:
مَا أُضِيْفَ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ قَوْلٍ، أَوْ فِعْلٍ، أَوْ تَقْرِيْرٍ

Segala sesuatu yang dinisbahkan kepada Nabi SAW, baik berupa ucapan, perbuatan ataupun ketetapan.

Mereka menjadikan istilah sunnah secara khusus untuk segala sesuatu yang dinisbahkan kepada Nabi SAW dengan tanpa menyertakan sifat diri dan sifat peribadi beliau. Sebab mereka melihat sunnah sebagai sumber tasyri’, sementara tasyri’ hanya ditetapkan dengan ucapan, perbuatan dan ketetapan Baginda SAW.

Sebutan yang paling banyak dipakai oleh ulama hadis untuk semua itu adalah (sinonim dengan) kalimah hadith.


4. ILMU RIJAL HADIS.

Ilmu Rijal Hadis adalah ilmu yang sangat luas. Mengetahuinya adalah mengetahui sebahagian yang besar dalam ilmu-ilmu Islam. Di dalam kitab Lamahat, karya Abdul Fatah Abu Ghuddah, terdapat kata-kata Imam Ali bin al-Madini: Kefahaman yang mendalam tentang makna-makna hadis adalah separuh ilmu dan mengenali para perawi adalah separuh ilmu.

Kata-kata Ibnu al-Madini ini jelas menunjukkan betapa tingginya kedudukan ilmu rijal yang sebaris dengan ilmu memahami kandungan hadis. Oleh kerana itu, ulama menulis sejumlah kitab yang tidak terhitung banyaknya tentang keadaan para perawi hadis. Ilmu ini dapat dibahagikan kepada dua. Pertama, ilmu sejarah para rawi (perawi) dan kedua, ilmu Jarh wa Ta’dil. Dalam penulisan ini, kami hanya akan membincangkan pecahan pertama sahaja yang skopnya itu sangatlah luas.

Ilmu Tarikh al-Ruwat atau Sejarah Para Perawi

Dr. Ajjaj al-Khatib menyebutkan takrif ilmu ini. Menurut beliau, ilmu Tarikh al-Ruwat ialah ilmu yang memperkenalkan perawi dari sudut yang berkait dengan penjelasan keadaan perawi, tarikh lahir dan wafat, negeri mereka, tarikh mula mendengar hadis, pengembaraan, tarikh ketibaan di sesebuah negeri, guru-gurunya, perawi lain yang menerima hadis daripadanya dan mendengar hadis dari syeikh yang alami kecacatan ingatan sebelum atau selepas berlaku kecacatan ingatan. Ilmu ini sama berkembang dengan ilmu hadis. Dari suatu sudut, ilmu ini kelihatan sebahagian dari ilmu sejarah.


Contoh-contoh Fakta Sejarah
a. Pendapat yang shahih mengenai usia Nabi Muhamad SAW, sahabatnya iaitu, Abu Bakar dan Umar RA, adalah 63 tahun.
1. Rasulullah SAW wafat pada waktu Dhuha, hari Isnin, tanggal 12 Rabi’ul Awal tahun ke-11 Hijrah.
2. Abu Bakar RA wafat pada bulan Jamadil Awal, tahun ke-13 Hijrah.
3. Umar RA wafat pada bulan Dzulhijjah, tahun ke-23 Hijrah.
4. Utsman RA terbunuh pada bulan Dzulhijjah, tahun ke-35 Hijrah, usianya 82 tahun, tetapi ada yang mengatakan 90 tahun.
5. Ali RA terbunuh pada bulan Ramadhan, tahun ke-40 Hijrah, usianya 63 tahun.

b. Dua orang sahabat yang hidup 60 tahun pada masa Jahiliyah dan 60 tahun pada masa Islam, serta meninggal di Madinah pada tahun 54 Hijrah adalah:
1. Hakim bin Hizam.
2. Hasan bin Tsabit.

c. Pemilik mazhab yang mempunyai pengikut:
1. Nu’man bin Tsabit, lahir pada tahun 80 Hijrah, dan wafat tahun 150 Hijrah.
2. Malik bin Anas, lahir tahun 93 Hijrah, dan wafat tahun179 Hijrah.
3. Muhammad bin Idris as-Syafi’i, lahir tahun 150 Hijrah, dan wafat tahun 204 Hijrah.
4. Ahmad bin Hanbal, lahir tahun 164 Hijrah, dan wafat tahun 241 Hijrah.

d. Penyusun kitab-kitab hadis rujukan:
1. Muhammad bin Ismail al-Bukhari, lahir tahun 194 Hijrah, dan wafat tahun 256 Hijrah.
2. Muslim bin al-Hajjaj an-Naisaburi, lahir tahun 204 Hijrah, dan wafat tahun 261 Hijrah.
3. Abu Daud as-Sijistani, lahir tahun 202 Hijrah, dan wafat tahun 275 Hijrah.
4. Abu Isa at-Tirmidzi, lahir tahun 209 Hijrah, dan wafat tahun 279 Hijrah.
5. Ahmad bin Syu’aib an-Nasa’I, lahir tahun 214 Hijrah, dan wafat tahun 303 Hijrah.
6. Ibnu Majah al-Quzwaini, lahir tahun 207 Hijrah, dan wafat tahun 275 Hijrah.

Sufyan al-Tsauri berkata: Ketika para perawi banyak melakukan dusta, maka kami gunakan sejarah untuk melawan mereka. Di antara manfaatnya adalah mengetahui bersambung atau terputusnya sanad. Hafsh bin Ghiyats berkata: Bila kamu menemukan suatu kecurigaan pada seorang perawi, maka perhitungkanlah ia dengan tahun. Yakni hitunglah umurnya dan umur orang yang ia riwayatkan.

Afir bin Mi’dan al-Kala’i berkata: Suatu hari datang kepadaku Umar bin Musa Himsh, lalu kami berkumpul di masjid. Kemudian ia berkata: Telah meriwayatkan hadis kepadaku gurumu yang soleh. Setelah ia berbicara banyak, maka saya tanya kepadanya: Siapa yang anda maksudkan sebagai guru kami yang soleh itu? Sebutkanlah namanya agar kami mengetahuinya! Namanya adalah Khalid bin Mi’dan, jawabnya. Aku bertanya lagi: Tahun berapa anda bertemu dengannya? Pada tahun 108 Hijrah, jawabnya. Di manakah anda bertemu? desakku. Di pergunungan Armenia. Kemudian aku berkata: Bertakwalah kepada Allah, wahai Syeikh! Dan jangan berdusta. Khalid bin Mi’dan itu telah wafat pada tahun 104 Hijrah. Dan anda mengaku bertemu dengannya empat tahun setelah ia wafat.

Al-Hakim berkata: Ketika datang kepada kami Muhammad bin Hatim al-Kasysyi dan meriwayatkan kepadaku sebuah hadis dari Abd bin Humaid, maka aku tanyakan kepadanya tahun kelahiran orang itu. Ia menjawab, bahawa Abd lahir pada tahun 260 Hijrah. Kemudian aku katakan kepada murid-muridku bahawa Syeikh ini mendengar hadis dari Abd bin Humaid tiga belas tahun setelah ia meninggal.

Abu Khalid al-Saqa’ pada tahun 209 Hijrah mengaku mendengar hadis dari Anas bin Malik dan melihat Abdullah bin Umar. Abu Nu’aim bertanya hairan: Waktu itu berapa tahun umurnya? Berumur 125 tahun, jawabnya. Abu Nu’aim berkata: Sesuai dengan pengakuannya, Ibnu Umar telah wafat lima tahun sebelum Abu Khalid sendiri lahir.

Oleh kerana itulah para ulama menekankan kepada para penuntut ilmu hadis agar terlebih dahulu menguasai sejarah dan mengetahui tahun wafatnya para guru hadis, mengingat ia termasuk cabang ilmu hadis yang paling penting.

Sanad
Pada zaman Rasulullah SAW, para sahabat tidak terlalu mementingkan masalah isnad. Ini kerana, mereka dapat saling menjaga, mempercayai dan komitmen dengan keislaman mereka. Sehingga manakala ada permasalahan berkaitan hadis, mereka tidak segan-segan untuk bertanyakan kepada sahabat-sahabat yang lain. Bahkan, tidak jarang mereka langsung terus menanyakan kepada Rasulullah SAW. Para sahabat juga dianggap memiliki keadilan (’adalah) atas periwayatan mereka.

Namun, selepas kewafatan Rasulullah SAW, dan kekuasaan Islam semakin meluas, serta agama Islam dipeluk oleh banyak masyarakat bukan Arab, mulailah para sahabat dan tabi’in menanyakan tentang isnad, jikalau mereka mendengarkan sebuah hadis.

Puncaknya adalah pada masa syahidnya Saidina Utsman bin Affan RA. Beberapa kelompok penyeleweng muncul, dan orang-orang ahli bid’ah pun membuat sanad-sanad semahunya untuk menyandarkan sejumlah teks hadis yang mereka pegangi untuk membela bid’ahnya. Kemudian mereka membuat hadis-hadis yang tidak pernah diucapkan oleh Rasulullah SAW. Zaman itu kemudian dikenal sebagai awal munculnya pemalsuan hadis.

Oleh kerana itulah, para sahabat dan tabi’in sangat berhati-hati dalam menerima hadis. Mereka terlebih dahulu menanyakan tentang sanad dari hadis yang disampaikan oleh seseorang. Muhammad bin Sirin mengungkapkan:

حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ عَاصِمٍ الأَحْوَلِ عَنِ ابْنِ سِيرِينَ قَالَ لَمْ يَكُونُوا يَسْأَلُونَ عَنِ الإِسْنَادِ فَلَمَّا وَقَعَتِ الْفِتْنَةُ قَالُوا سَمُّوا لَنَا رِجَالَكُمْ فَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ السُّنَّةِ فَيُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ وَيُنْظَرُ إِلَى أَهْلِ الْبِدَعِ فَلاَ يُؤْخَذُ حَدِيثُهُمْ.

Dahulu mereka tidak bertanyakan tentang isnad. Namun, setelah terjadi fitnah, mereka akan berkata kepada setiap orang yang membawa hadis: Sebutkanlah kepada kami nama-nama rijalmu! Kemudian dilihat nama tersebut, apabila para perawinya adalah mereka yang mengikuti sunnah (ahli sunnah), segera mereka menerimanya. Dan apabila para perawinya adalah ahli bid’ah, mereka segera menolaknya.

Kata Muhammad bin Sirin:
إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ.

Sesungguhnya ilmu ini (ilmu sanad) adalah bahagian dari din (agama Islam). Oleh kerana itulah hendaknya kalian melihat dari siapa kalian mengambil din kalian.


Kata Abdullah bin al-Mubarak:

الإِسْنَادُ مِنَ الدِّينِ وَلَوْلاَ الإِسْنَادُ لَقَالَ مَنْ شَاءَ مَا شَاءَ.

Sanad merupakan bahagian dari ad-din (Islam). Jikalau bukan kerana sanad, maka setiap orang akan berkata apa sahaja yang diinginkannya.

Ikhtilath

Ikhtilath dari segi bahasa bermaksud rosaknya akal. Dikatakan, ikhtilatha fulanun, yang bererti akalnya si fulan rosak. Menurut istilah, akalnya rusak atau tidak teraturnya ucapan kerana sudah pikun atau buta, atau kitabnya terbakar, atau sebab-sebab yang lain.

Terdapat beberapa jenis ikhtilat:

1. Ikhtilath kerana pikun (nyanyuk): Seperti yang menimpa Atha bin Saib ats-Tsaqafi al-Kufi.

2. Ikhtilath kerana hilangnya penglihatan: Seperti yang menimpa Abdurrazak bin Hammam as-Shan’ani. Namun setelah beberapa lama mengalami kebutaan, beliau dapat mengembalikan kecerdasannya. Di antara para rawi yang meriwayatkan hadis darinya sebelum ia mengalami kekacauan adalah para imam seperti Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahaweh, Ali bin al-Madini, Waki’ dan Yahya bin Ma’in (mendengar hadis darinya sebelum tahun 200 Hijrah).

3. Ikhtilath kerana sebab lain: Seperti kitabnya terbakar. Hal ini menimpa Abdullah bin Luhaimah al-Mishri. Lalu ia meriwayatkan hadis hanya berdasarkan hafalannya, sehingga terjadi kekacauan dalam hadisnya.

Hukum hadis rawi tsiqah yang dituduh mengalami kekacauan telah ditetapkan oleh para muhadditsin dengan dua cara. Pertama, hadis yang didengar dari mereka sebelum mengalami kekacauan. Maka hadis seperti ini dapat diterima dan dapat dijadikan hujah. Kedua, hadis yang didengar setelah mengalami kekacauan atau tidak dapat dipastikan sebelum atau selepas kekacauan. Maka hadis seperti jenis kedua ini ditolak dan tidak dapat diterima (sebagai hujah).


6. SUMBER RUJUKAN.


1. Dr. Nuruddin Itr. Ulum al-Hadits Jilid 1 (Terjemahan dari kitab Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith). PT Remaja Rosdakarya, Bandung. Cetakan kedua, 1995.

2. Dr. Mahmud Thahan. Ilmu Hadits Praktis (Terjemahan dari kitab Taisir Musthalahul al-Hadith). Pustaka Thariqul Izzah, Bogor. Cetakan ketiga, 2005.

3. Dr. Musa bin Fathullah Harun. Kajian tentang al-Quran al-Karim dan Al-Sunnah Nabawiyah. Uruscetak oleh Syarikat Meza. Kuala Lumpur. Cetakan pertama, 1996.

4. Dr. Abdul Wahab Khallaf. Kaidah-kaidah Hukum Islam. Risalah Bandung. Indonesia. Cetakan kedua, 1985.

5. Imam Muslim bin Hajjaj al-Naisaburi. Terjemahan Hadis Shahih Muslim. Klang Book Centre. Kuala Lumpur. Cetakan ketujuh, 2005.

Kembara Para Pencari Hadis

Merujuk kepada al-Mu’jam al-Arabi al-Asasi dan Taisir Musthalahul Hadith (karya Dr. Mahmud Thahan): Hadis dari segi bahasa bermaksud baru (jadid). Dan menurut kesepakatan jumhur ulama, dari segi istilahnya ia memberi maksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW baik berupa percakapan, perbuatan, pengakuan (taqrir) dan sifat. Hadis juga merupakan suatu al-Hikmah yang diberikan kepada umat Islam oleh Allah SWT.

Dalam kitab Fiqh Al-Sirah (karya Dr.Sa’id Ramadhan Al-Buti) ada menyatakan bahawa orang Arab dahulu merupakan bangsa yang ummi, tidak pandai membaca mahupun menulis. Kemudian dijelaskan oleh Dr. Nuruddin ’Itr di dalam kitabnya Manhaj al-Naqd fi Ulum al-Hadith: ”(Tetapi) mereka mampu menghafal segala nasab-nasab mereka meskipun panjang dan berantaian ke beberapa generasi. Dengan sekali dengar, mereka sudah dapat menghafal syair-syair yang panjang, khutbah dan lainnya sebagaimana tercatat di dalam sejarah. Ini merupakan suatu kebanggaan yang tidak pernah dimiliki oleh umat lain. Bangsa Arab yakin bahawa tiada kebahagiaan di dunia, keuntungan di akhirat dan tidak ada jalan menuju kemuliaan dan kedudukan yang terhormat di antara umat lain melainkan agama Islam ini. Sebab itu mereka mempelajari seluruh hadis Baginda SAW dengan penuh perhatian. Dan tanpa ragu lagi, seandainya hal ini sahaja yang mereka pertimbangkan (menuntut ilmu hadis), maka sudah cukup untuk memperkuat daya hafalan mereka sebagaimana dapat dirasakan oleh setiap orang”.

Inilah yang menjadi titik utama dalam menggoncang hati para sahabat untuk mengembara mencari hadis Baginda SAW walaupun demi mendengarkan satu hadis sahaja, tanpa mengira satu hadis itu panjang ataupun hanya terdiri daripada beberapa kalimat sahaja (pendek).

Dr. Mahmud Thahan menyambung: ”Mereka menempuh perjalanan yang sulit dan melelahkan dengan jiwa yang penuh keredhaan. Mereka menghabiskan hidupnya untuk mengumpulkan hadis, memeliharanya, dengan kepedulian dan usaha yang sungguh-sungguh serta waktu yang hampir-hampir tidak masuk akal. Setelah seorang pencari hadis berhasil mengumpulkan sebuah hadis dari seorang syeikh di suatu negeri, maka ia segera melanjutkan lagi perjalanan ke negeri atau tempat yang lain, baik dekat ataupun jauh untuk mencari hadis dari para rawi yang ada di tempat itu”.

Misalnya salah seorang sahabat nabi, Abu Ayyub al-Anshari, beliau telah mengadakan perjalanan ke Mesir untuk menjumpai Uqbah bin Amir. Kemudian dia berkata: Ceritakanlah kepada kami suatu hadis yang engkau dengar daripada Rasulullah SAW dan tidak didengar oleh orang selainmu. Maka Uqbah berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa menutupi keaiban seorang mukmin di dunia, maka Allah akan menutupi keaibannya di akhirat kelak. Setelah itu Abu Ayyub naik ke atas kenderaannya dan pulang.

Di dalam kitab al-Rihlah fi Thalab al-Hadith karya al-Khathib al-Baghdadi menceritakan bahawa Sa’id bin Musayyab, ia berkata: Sesungguhnya saya pernah menempuh suatu perjalanan beberapa hari, siang dan malam demi mendapatkan suatu hadis. Begitu juga Jabir bin Abdullah yang pergi ke Mesir menjumpai seorang sahabat nabi untuk mengetahui suatu hadis mengenai hari kiamat.

Sebenarnya pengembaraan sahabat telah terjadi sebelum kewafatan Rasulullah SAW lagi, buktinya di dalam kitab Shahihain (Shahih Bukhari dan Shahih Muslim) ada dicatatkan kisah utusan Abdul Qais yang datang dari suku Bani Rabi’ah ke Kota Madinah untuk mendapatkan nasihat Baginda SAW. Begitu juga yang terjadi dengan kehadiran Orang Nejd ke Madinah , seorang ’Arabi yang menuju ke kota Madinah. Mereka semua dikira mengembara bagi mendapatkan hadis (pesanan daripada Rasulullah SAW buat mereka).

Tugas mencari, mengumpul dan menjaga periwayatan hadis ini juga dirasakan sebagai suatu amanah besar oleh para ulama di kalangan tabi’in dan tabi’ tabi’in yang lain. Lihat sahaja Imam Syafi’i yang berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah berjumpa dengan Imam Malik demi mendengarkan hadis daripadanya secara langsung (as-sama’), sedangkan ketika di Mekah beliau telahpun hafalkan dari ingatannya segala hadis di dalam kitab Imam Malik yang dinamakan al-Muwattha’ itu.

Tidak lupa juga jasa anak murid Imam Syafi’i yang merupakan seorang ulama besar sama ada dalam bidang fiqh mahupun hadis, iaitu Imam Ahmad bin Hanbal. Di dalam kitab Bidayah Wan-Nihayah Ibnu Kathir, diceritakan bahawa Imam Ahmad bin Hanbal sudahpun mengelilingi seluruh negeri dan daerah serta mempelajari hadis daripada guru-guru hadis yang ada pada waktu itu. Bukti kebenaran perjalanan beliau sudah dapat kita lihat melalui hasil karyanya yang mengagumkan, iaitu Musnad Ahmad bin Hanbal.

Di dalam kitab al-Rihlah fi Thalab al-Hadith karya al-Khatib al-Baghdadi, ada menceritakan pengembaraan jauh yang ditempuhi oleh Abdullah bin Mubarak demi mencari dan menuntut ilmu hadis. Kata Imam Ahmad bin Hanbal: Tiadalah pada masa Abdullah bin Mubarak, melainkan dia telah menuntut ilmu hadis daripada Yaman, Mesir, Syam, Basrah, dan Kufah. Hinggakan Zakaria bin ’Adiy pernah berkata: Aku melihat Ibnu al-Mubarak di dalam tidur (mimpi), maka aku bertanya kepadanya: Apakah yang Allah telah lakukan terhadapmu? Ibnu al-Mubarak menjawab: Bahkan Allah telah mengampuniku disebabkan perjalananku dalam mencari hadis.

Natijah yang dapat kita ambil melalui kisah pengembaraan ini, bahawa sekalian para sahabat Rasulullah SAW itu, berserta golongan selepasnya yang terdiri dari kalangan tabi’in juga tabi’ tabi’in, mereka benar-benar berusaha dalam mencari, mengumpul dan memelihara hadis Baginda SAW, agar syiar Islam dapat diperkembangkan dan dipertahankan. Juga demi cinta dan kasih sayang mereka terhadap Baginda SAW yang mana wajar menjadi iktibar bagi kita selaku umatnya.

Jom Kenali Ulama…!

Syeikh ‘Atiyyah Saqr. Pakar Fiqh di Mesir.


Syeikh Abd Hayy al-Katani. Ulama Hadis Mesir.


Syeikh Abdul Aziz bin Baz. Mufti Besar Arab Saudi.


Syeikh Abdul Fatah al-Husaini. Pakar Fiqh dan Usul Fiqh di Mesir.


Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. Ulama Hadis Syria.


Syeikh Abdul Halim Mahmud. Ulama besar tafsir, fiqh dan kesusasteraan arab. Grand Syeikh of al-Azhar.


Syeikh Abdul Karim Zaidan. Berasal dari Irak. Pakar bidang Dakwah, Fiqh dan Usul Fiqh. Professor Universiti al-Iman, Yaman. Anggota Ikhwan Muslimin Iraq.


Syeikh Abdul Majid az-Zindani. Presiden Univeristi al-Iman, Sanaa, Yaman.


Syeikh Abdul Majid Deraz. Ulama fiqh.


Syeikh Abdul Malik as-Sa’di. Pakar Fiqh Muqaran. Bekas Mufti Iraq.


Syeikh Abdul Muhsin al-Turki. Tinggal di Saudi. Ketua Gabungan Universiti-universiti Islam Sedunia.


Syeikh Abdul Qadir Arnout. Ulama Hadis Syria.


Syeikh Abdul Rahman ash-Shaguri. Ulama Pendidikan dan Tasawwuf.


Syeikh Abdul Razak as-Sanhuri. Ulama Undang-Undang dan Fiqh di Mesir.


Syeikh Abdul Wahab Abu Sulaiman. Pakar bidang Fiqh, Usul Fiqh, dan Fiqh Muamalat di Universiti Umm al-Qura, Mekah.


Syeikh Abdul Wahab Khallaf. Ulama hadis, fiqh, usul- al-fiqh, perbandingan fiqh dan perundangan islam.


Syeikh Abdullah Nasih Ulwan. Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malik Abd Aziz, Jeddah, Saudi (1980).


Syeikh Abu al-A’la al-Maududi. Tokoh Pemikir Islam. Ketua Jemaah Islam Pakistan.


Syeikh Abu Hasan Ali al-Nadwi. Ulama India & Pemikir Islam. Pernah berjawatan penting dalam Rabitah Alam Islamy di Mekah, Dewan Ilmu Pengetahuan dan bahasa Arab di Damaskus, Majlis Pertimbangan di Universiti Madinah serta ketua lektor Pusat Pengkajian Islam di Oxford University.


Syeikh Ahmad bin Muhammad bin al-Sadiq al-Ghumari. Pakar Hadis Mesir.


Syeikh Ahmad Deedat. Lahir di India, kemudian berpindah ke Afrika Selatan. Pendakwah juga Pendebat terkenal dalam menegakkan kebenaran Islam.


Syeikh Ahmad Muhammad Syakir. Pakar Hadis Mesir.


Syeikh Ahmad Mustafa al-Maraghi. Syeikh al-Azhar dalam bidang Tafsir. Pengarang kitab Tafsir al-Maraghi.


Syeikh Aidh Abdullah al-Qarni. Penulis kitab La Tahzan. Meraih kedoktoran di Universiti Islam Imam Muhammad bin Saud. Ulama Arab Saudi.


Syeikh Ali Ahmad Salus. Pakar Fiqh Muamalat di Qatar. Ahli Majma’ Fiqh.


Syeikh Ali Zainul Abidin al-Jufri. Ulama dari Hadramaut, Yaman.


Syeikh Ali as-Syarbaji. Ulama Fiqh Mazhab Syafii di Syria.


Syeikh Ayatollah Khomeini. Ulama Besar Syiah.


Syeikh Bakar Abu Zaid. Bekas Ketua Majma’ Fiqh Dunia.


Syeikh Bashir al-Bari. Khateeb of Masjid al-Umawi and former Mufti of Damascus.


Syeikh Fadl Hasan 'Abbas. Ulama buta. Pakar dalam bidang Tafsir. Pensyarah Universiti al-Yarmouk, Jordan.


Syeikh Fathi Yakan. (Pendakwah) Anggota Jamaah Islamiyah di Lubnan.


Syeikh Fazlur Rahman. Pernah dilantik sebagai anggota Advisory Council of Islamic Ideology Pemerintah Pakistan (1964). Kemudian berhijrah ke University of Chicago, sebagai guru besar Kajian Islam Dalam Segala Aspek di Department of Near Eastern Languages and Civilization.


Syeikh Harun Yahya. Nama sebenarnya Adnan Oktar. Seorang pendakwah dan ilmuwan Turki terkenal.


Syeikh Hasan al-Habbannakah. Ulama Fiqh dan Akidah di Syria.


Syeikh Hasan al-Syazili. Tinggal di Kuwait. Ahli Majma’ Fiqh.


Syeikh Hassan al-Bana. Pendakwah terkenal dan pengasas Gerakan Ikhwan Muslimin Syria.


Syeikh Hassan Heito. Berasal dari Syria. Ulama besar Fiqh (Mazhab Syafii) dan Usul Fiqh. Anggota Ikhwan Muslimin Syria.


Syeikh Hussein Mahmud Badran. Ulama Mazhab Syafii dalam bidang bahasa dan Fiqh.


Syeikh Ibrahim al-‘Ali. Pakar Hadis dan Sirah di Jordan.


Syeikh Imad al-Din al-Rasyid. Ulama Hadis dan Fiqh.


Syeikh Kariyyim Rajih. Qari’ di Damsyik, Syria.


Syeikh Kurshid Ahmad. Pakar Ekonomi Islam di Universiti Markfield, United Kingdom.


Syeikh Mahmud bin Muhammad Syaltut. (Syeikh al-Azhar) Ulama Besar Mesir dalam bidang Tafsir dan Fiqh.


Syeikh Mahmud Thahan. Bekas Pensyarah Musthalahul Hadis di Kuliah Syariah, Universiti Madinah.


Syeikh Manna’ Khalil Qaththan. Pensyarah Universiti Imam Muhammad bin Saud.


Syeikh Muhammad Abu Zahra. Ulama Usul al-Fiqh, Fiqh perbandingan dan Sejarah. Professor Perundangan Islam di Universiti Kaherah (Cairo University).


Syeikh Muhammad al-‘Uqlah al-Ibrahim. Dekan Kuliah Syariah Universiti Irbid dan Pensyarah Universiti al-Yarmouk, Jordan.


Syeikh Muhammad al-Baltaji. Pensyarah Fiqh dan Usul Fiqh di Universiti Kaherah, Mesir.


Syeikh Muhammad al-Ghazali. Ulama Besar Mesir. Bekas Professor di Universiti Qatar, Pensyarah Universiti Umm al-Qura dan Universiti al-Azhar.


Syeikh Muhammad Ali as-Shabuni. Pakar Ulum Quran. Bekas Pensyarah di Universiti Madinah.

Syeikh Muhammad al-Khidr Husain. Ulama besar tafsir, kesusasteraan arab dan fiqh mazhab Maliki. Grand Syeikh of al-Azhar.


Syeikh Muhammad al-Makhluf al-Maliki. Ulama Besar Mesir.


Syeikh Muhammad al-Yaqoubi. Ulama Fiqh.


Syeikh Muhammad al-Zuhaili. Pensyarah Fiqh & Usul Fiqh. Dekan Kuliah Syariah UAE.


Syeikh Muhammad Bakar Ismail. Ulama al-Azhar, Mesir.


Syeikh Muhammad bin Sayyid Alawi al-Maliki. Ulama besar Arab Saudi.


Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin. Pensyarah Universiti Imam Muhammad bin Saud Qashim. Fakulti Syariah dan Usuluddin.


Syeikh Muhammad Fathi al-Duraini. Pakar Fiqh, Undang-undang dan Lughah (Bahasa).


Syeikh Muhammad Jawad Mughniyah. Ulama Syiah Lebanon. Pengarang al-Fiqhu ‘ala al-Mazhâhib al-Khamsah (Fiqh Lima Mazhab).


Syeikh Muhammad Mutawali Sya’rawi. Ulama Tafsir. Pensyarah Syariah di Universiti Ummul Qura, Mekkah.


Syeikh Muhammad Na’im Yasin. Pakar bidang Fiqh, Usul Fiqh, Aqidah, dan Siyasah Syariyyah. Pensyarah di Universiti Jordan.


Syeikh Muhammad Noori al-Dirshawi al-Kurdi. Ketua Qari’ di Kurdistan.


Syeikh Muhammad Rasyid Redha. Berasal dari Syria. Pendakwah terkenal dalam bidang Akidah.


Syeikh Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti. Dekan Kuliah Usuluddin di Fakulti Perundangan Islam, Universiti Damaskus, Syria.


Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi. Bekas Mufti Besar Mesir. Kini, Syeikh al-Azhar.


Syeikh Muhammad Syuqair. Ulama Mazhab Syafii juga seorang Qari’.


Syeikh Muhammad Uthman Syabir. Pakar bidang Fiqh, Usul Fiqh, Fiqh Muamalat dan Fiqh Perubatan. Pensyarah Universiti Qatar.


Syeikh Muhammad Yusuf bin Ilyas al-Kandahlawi. Ulama Hadis dan Fiqh. Ketua Jemaah Tabligh di Pakistan.

Syeikh Muhammad Zahid al-Kawthari. Berasal dari Turki. Ulama hadith, fiqh perbandingan.


Syeikh Muhammad Zakaria bin Muhammad Yahya al-Kandahlawi. Tinggal di Madinah.Ulama hadis dan fiqh Hanafi.


Syeikh Mustafa al-Bugha. Pakar bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Ulama Mazhab Syafii di Syria.


Syeikh Mustafa al-Sobri. Ulama hadith, fiqh, falsafah dan politik di Turki.


Syeikh Mustafa al-Zarqa. Ulama Fiqh, Usul Fiqh dan Undang-undang di Jordan.


Syeikh Mustafa as-Siba’ei. Dekan Kuliah Syariah Universiti Damaskus. Anggota Ikhwan Muslimin Syria.


Syeikh Mustafa Said al-Khen. Pakar bidang Fiqh dan Usul Fiqh. Ulama Mazhab Syafii Syria.


Syeikh Nashiruddin al-Albani. Ulama Hadis Jordan.


Syeikh Nazih Hammad. Bekas Pensyarah di Universiti Umm al-Qura, Mekah. Sekarang Pensyarah di Universiti Kanada. Pakar bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma’ Fiqh Dunia.


Syeikh Nejatullah al-Shiddiqi. Berasal dari India. Pakar Ekonomi Islam. Pensyarah di Universiti Markfield, United Kingdom.


Syeikh Nuruddin ’Itr. Guru Besar Tafsir dan Hadis di Fakulti Syariah, Universiti Damaskus, Syria.


Syeikh Omar Hasyim. Bekas Rektor al-Azhar Kaherah, Mesir.




Syeikh Rabi’ Hadi al-Madkhali. Guru Besar Universiti Madinah.

Syeikh Rafiq al-Mashri. Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional di Syria.


Syeikh Sa’id Hawa. Bekas Pemimpin Ikhwan Muslimin Syria.


Syeikh Sayyid Qutb. Anggota Ikhwan Muslimin Mesir. Pernah menjadi Perdana Menteri dan Ketua Dewan Revolusi Mesir.


Syeikh Sayyid Sabiq. Ulama Besar Arab Saudi. Pengarang kitab Fiqh Sunnah.


Syeikh Shadiq al-Habbannakah. Pakar Fiqh dan Lughah (Bahasa) di Syria.


Syeikh Shaleh bin Fauzan al-Fauzan. Anggota Haiah Kibaril Ulama’ dan Commite Fiqh Rabithah Alam Islamiy di Mekkah serta anggota Commite Pengawas Du’at Haji sekaligus mengepalai keanggotaan Lajnah Daimah Lil Buhuts Wal Ifta’.


Syeikh Shodiq Dharir. Pakar Fiqh Muamalat. Pensyarah di Universiti al-Khurthum, Sudan. Ahli Majma’ Fiqh.


Syeikh Sholah Abd Fattah al-Khalidi. Pakar Tafsir, Ulum Quran dan Sirah di Jordan.


Syeikh Subhi al-Shaleh. Ulama terkenal Lubnan.


Syeikh Syuaib al-Arnaout. Berasal dari Syria. Pakar bidang Hadis.


Syeikh Tahir Muhammad ’Asyur. Dari Tunisia. Pakar Tafsir & Usul Fiqh.


Syeikh Toha Rayyan. Pakar Fiqh Muqaran di Mesir.


Syeikh Tunusi. Ulama Hadis.


Syeikh Umar Chapra. Pakar Ekonomi Islam. Bekas Pensyarah di Universiti Markfield, United Kingdom.


Syeikh Umar Sulaiman al-Asyqar. Pensyarah di Universiti Zarqa, Jordan. Pakar bidang Fiqh dan Usul Fiqh.


Syeikh Wahbah bin Mustafa al-Zuhaili. Professor (Dekan) Kuliah Syariah di Universiti Damaskus, Syria.


Syeikh Yusuf al-Qardhawi. Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar (1977-1990). Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar (1991).


Syeikh Yusuf al-Rifa’i. Lahir di Kuwait. Ulama Mazhab Syafii.

Sekadar Ucapan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, bertepatan tarikh 14 Januari 2010 (Khamis), saya sudah miliki Blog sendiri. Insya Allah, jika saya ada apa-apa maklumat untuk dikongsikan dengan saudara saudari sekalian, saya akan masukkan maklumat-maklumat itu pada Blog saya ini.

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum...!