Pages

Wednesday, February 17, 2010

Fiqih Solat

Maksud Solat
Dari segi bahasa SOLAT bermaksud Doa. Jadi, kalau dah solat, takpayah doa. Atau kalau dah doa, takpayah solat. ~Teringat lawak seorang ustaz kat Dewan Pusat Islam Iskandar dahulu~ :-D

Apa yang sebenarnya diituntut oleh syarak pada maksud SOLAT ialah menurut takrif istilahnya.
Dalam kitab Fiqh Manhaji Ala Mazhab Syafie, menyebut takrifnya sebagai: Ucapan-ucapan atau perbuatan-perbuatan tertentu yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
_____________________________________________________

Syarat-syarat Solat:
1. Suci daripada hadas & najis. Meliputi tubuh badan, pakaian serta tempat solat.
2. Mengetahui masuk waktu solat.
3. Menutup aurat.
4. Mengadap kiblat.
_____________________________________________________

Rukun-rukun Solat:
1. Niat.
2. Berdiri bagi yang berkemampuan.
3. Takbiratul Ihram.
4. Membaca al-Fatihah.
5. Rukuk serta Tumakninah.
6. Iktidal serta Tumakninah.
7. Sujud serta Tumakninah.
8. Duduk antara dua sujud (Duduk Iftirasy) serta Tumakninah.
9. Duduk Tawarruk (Ketika Membaca Tahiyyat Akhir).
10. Membaca Tasyahhud pada duduk Tawarruk.
11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. selepas bacaan Tasyahhud.
12. Salam yang pertama.
13. Tertib.
_____________________________________________________

Sunat-sunat Solat:

1. Sunat Ab’adh (jika ditinggalkan, perlu sujud sahwi):

a) Bacaan Tasyahhud Awal.
b) Selawat ke atas Nabi selepas bacaan Tasyahhud Awal.
c) Duduk (duduk iftirasy) untuk membaca Tasyahhud Awal.
d) Selawat ke atas keluarga Nabi Muhammad s.a.w. selepas Tasyahhud Akhir.
e) Membaca doa Qunut ketika iktidal pada rakaat kedua solat Subuh, di rakaat akhir solat Witir selepas separuh daripada bulan Ramadhan dan juga ketika iktidal rakaat akhir pada mana-mana solat yang dibaca Qunut Nazilah.


2. Sunat Hai’at (jika ditinggalkan, tidak perlu sujud sahwi):

a) Mengangkat kedua tangan ketika Takbiratul Ihram, ketika rukuk & bangkit daripada rukuk.
b) Meletakkan tangan kanan di atas bahagian belakang tangan kiri ketika berdiri (diletakkan di bahagian bawah dada & di atas dari pusat.
c) Melihat ke tenpat sujud.
d) Membaca doa ifititah.
e) Membaca Isti’azah selepas doa Isftitah. (A’uzubillahi minasy syaitonirrajim)
f) Membaca dengan kuat di tempat-tempat tertentu.
g) Menyebut Ta’min (Aaamiin) apabila selesai membaca al-Fatihah.
h) Membaca surah selepas membaca al-Fatihah dan Ta’min (Aaamiin).
i) Bertakbir ketika berpindah dari satu rukun ke satu rukun.
j) Membaca Tasbih (Subhanallah) ketika rukuk & sujud.
k) Meletakkan kedua tangan di atas permulaan kedua paha ketika duduk membaca Tasyahhud awal & akhir.
l) Memberi salam yang kedua.
____________________________________________________

No comments:

Post a Comment