Pages

Saturday, January 23, 2010

Kunci Kebahagiaan Rumahtangga

Assalamualaikum, para pembaca sekalian. Hari ini suka untuk saya catatkan mengenai USRAH (Keluarga), iaitu "Kunci Kebahagiaan Rumahtangga".

Saban hari kita mendengar berlakunya di sekeliling kita pergolakan rumahtangga, perkara ini bukanlah suatu perkara baru yg melanda masyarakat kita di zaman ini, malah sejak dahulu lagi. Dan apa yang asing bagi kita skrg adalah virus H1N1 itu sendiri.

Sudah menjadi kewajipan bg setiap individu yang ingin menikah agar mempersiapkan diri dari sudut ilmu pengetahuan dan harta yg mencukupi bg menyara isi keluarganya.

Sebenarnya kunci kebahagiaan rumahtangga ialah FAHAM. Itu sahaja. Apa yang cuba saya maksudkan di sini ialah persefahaman yang sebenar di antara kedua-dua pasangan mempelai. Memang tidak dapat dinafikan, memang ada individu pasangan itu yang merasa sangat sukar utk memahami pasangannya, namun ada juga yang sangat senang serta mudah memahami pasangannya. Ianya kelihatan kontra begitu.

Tetapi percayalah, ada caranya untuk kita faham pasangan kita itu, oppsss...salah pasangan anda, sebab saya belumpun punyai pasangan saya sendiri. :-)

Baiklah, di sini saya akan memperincikan lagi cara atau kaedah untuk memahami pasangan anda dan juga saya sendiri (Insya Allah, akan datang), semoga dengan apa yang dibentangkan di sini dapat kita jadikan panduan dan pedoman bersama. Insya Allah...

Antara sudut yang anda perlu nilai pada diri pasangan anda bagi mencapai tahap pemahaman sebenar ialah:

1) SIKAP / TINDAKAN. Fikirlah mengenai sesuatu sikap dan tindakan pasangan anda.
2) HATI. Dugalah apa yg pasangan anda bisikkan di lubuk hatinya.
3) FIKIRAN. Tanyakan pasangan anda apa yang sedang dia fikirkan.
4) SUARA / NADA. Boleh juga perhatikan gaya serta nada pasangan anda ketika menjawab.
5) MATA. Melihat pandangan matanya. Adakah dia selamba / kelihatan gelisah.

Setelah segala maklumat telahpun anda dapatkan ajaklah dia berbincang dengan anda (jika mmg anda mahu tahu perkara sebenar). Ketika itu, anda ajak dia sama-sama membuka hati dan fikiran serta memikirkan cara penyelesaian dan jawapan yang baik.

Maafkanlah jika pasangan anda membuat tindakan yang salah. Barangkali dia tidak mengetahui atau tidak sedar akan kesalahan tindakannya itu. Anggaplah, tidak tahu, terlupa, tertidur, merupakan rukhsah (keringanan). Ramai sekali pasangan yang hanya bergaduh tentang hal-hal remeh yang kecil kemudian dihebahkan satu dunia seolah-olah peperangan dunia yang keempat, kelima, keenam akan berlaku.

Jika anda terdengar pasangan anda meminta maaf kepada anda dengan mengatakan dia tidak tahu atau terlupa...balaslah dengan jawapan..."Tidak mengapalah, saya maafkan, lagipun awak bukannya sengaja, kan!". Apa yang penting..."KERJASAMA". Saling faham-memahami. Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1 comment:

  1. nice! ahsanta! alhamdulillah! bgga r nih? *kening double-jerk*

    ReplyDelete