Pages

Saturday, June 26, 2010

Baca Surah Yasin

Masyarakat Malaysia biasa mengamalkan bacaan Surah Yasin. Terutama untuk dibacakan kepada orang yang telah pergi meninggalkan dunia. Hujah mereka yang mengamalkan bacaan Surah Yasin ialah berdasarkan Hadis Nabi s.a.w. yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ibnu Majah, iaitu:

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : { اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس }

Maksudnya:
Daripada Ma’qil bin Yasar, Sesungguhnya Nabi s,a,w, bersabda: Bacaankanlah ke atas orang telah mati di antara kamu Surah Yasin.

Menurut ad-Daruqutni, hadis ini tidak Sahih disebabkan sanadnya goncang serta majhul matannya. Ini telah diterangkan dalam kitab Subulus Salam:

عَنْ الدَّارَقُطْنِيِّ أَنَّهُ قَالَ هَذَا : حَدِيثٌ مُضْطَرِبُ الْإِسْنَادِ مَجْهُولُ الْمَتْنِ وَلَا يَصِحُّ .

Oleh itu, menurut sebahagian muhadditsin (ahli/ pakar hadis) menyatakan bahawa hadis ini Daif.

Akan tetapi Imam an-Nawawi menegaskan di dalam kitabnya al-Adzkar:

قلت : لم يضعفه أبو داود

Maksudnya:
Aku berkata (Imam an-Nawawi): Tetapi Abu Daud tidak mendaifkannya.

Imam Abu Daud berkata di dalam Risalahnya kepada penduduk Mekah:

وما كان في كتابي من حديث فيه وهن شديد فقد بينته ومنه مالا يصح سنده المسكوت عنه صالح ، ما لم أذكر فيه شيئا فهو صالح وبعضها أصح من بعض .

Maksudnya:
Dan apa yang ada di dalam kitabku dari hadis yang mana kualitinya sangat rendah akan aku jelaskan kondisinya (menyatakan ianya Daif). Di dalamnya terdapat hadis yang tidak sahih sanadnya. Hadis yang saya tidak komentari sama sekali maka ia bermaksud Solih (baik dan boleh digunakan sebagai hujah). Dan sebahagian hadis-hadisnya lebih Sahih daripada sebahagian yang lain.

Ini turut didokong oleh Imam al-Baihaqi dalam kitabnya Sunan al-Kubra dengan meletakkan hadis berkenaan di bawah bab:
باب مَا يُسْتَحَبُّ مِنْ قِرَاءَتِهِ عِنْدَهُ
Maksudnya: Bab apa yang disunatkan untuk dibaca padanya (orang yang telah mati).

Disokong lagi dengan perbuatan Ibnu Hibban yang memasukkan hadis berkenaan di dalam kitab Sahihnya (Sahih Ibnu Hibban).

Saya katakan: Ianya hal yang diperselisihkan di kalangan muhadditsin sahaja. Ini terjadi disebabkan cara penilaian muhadditsin itu sendiri yang berbeza-beza. Menurut Ibnu Hibban, apabila tidak diketahui tentang kebenaran seseorang itu maka dia terus dihukumkan adil selagi mana dia tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak baik di hadapan mata beliau. Kaedah yang digunakan ialah adil itu adalah bagi yang tidak ada baginya sebarang tajrih (kecacatan). Sesiapa yang tidak ditajrih maka dia adalah adil sehinggalah terzahirnya jarhuhu.

Kesimpulannya, menggunakan hadis berkenaan sebagai hujah adalah boleh. Dan berlapang dada lebih baik. Wallahu a’lam bis shawab.

___________________________________________

Rujukan:
1. Risalah Imam Abu Daud.
2. Subulus Salam.
3. Biografi Ulamak-ulamak Hadith.
4. al-Adzkar.

No comments:

Post a Comment