Pages

Saturday, June 26, 2010

Menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Tasyahhud

Terdapat 2 hadis Sahih. Satu hadis mengatakan Nabi s.a.w. menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud, manakala satu hadis lagi mengatakan bahawa Nabi s.a.w. tidak menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud.

Hadis Pertama,
ثُمَّ رَفَعَ إِصْبَعَهُ فَرَأَيْتُهُ يُحَرِّكُهَا يَدْعُو بِهَا.

Maksudnya:
(Daripada Wail bin Hujr r.a.) katanya: Kemudian Nabi mengangkat jari telunjuknya, maka aku nampak beliau menggerak-gerakkannya sambil berdoa. Hadis riwayat an-Nasa'i.
______________________________________________________________

Hadis Kedua,
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ أَنَّهُ ذَكَرَ أَنَّ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يُشِيرُ بِأُصْبُعِهِ إِذَا دَعَا وَلاَ يُحَرِّكُهَا. لاَ يُجَاوِزُ بَصَرُهُ إِشَارَتَهُ.

Maksudnya:
Dari Ibnuz Zubair bahawa Rasulullah s.a.w. berisyarat dengan telunjuk dan beliau tidak menggerak-gerakkkannya dan pandangan beliaupun tidak melampaui isyaratnya itu. Hadis Riwayat Abu Daud, an-Nasa'i, Ahmad dan Ibnu Hibban.
________________________________________________________________

Seperti biasa, ulama-ulama hadis lebih senang memilih untuk menggabungkan kedua hadis sahih berkenaan.

Sehingga kata Imam al-Baihaqi,
"Terdapat kemungkinan bahawa yang dimaksud dengan tahrik (gerakan) di situ adalah MENGANGKAT JARI TELUNJUK, dan bukan menggerak-gerakkannya secara berulang sehingga dengan demikian tidaklah (maksudnya) bertentangan dengan hadis Ibnuz Zubair."

+ Di dalam kitab Tuhfatul Muhtaj ada menyebutkan:

( وَلَا يُحَرِّكُهَا ) عِنْدَ رَفْعِهَا لِلِاتِّبَاعِ وَصَحَّ تَحْرِيكُهَا فَيُحْمَلُ لِلْجَمْعِ بَيْنَهُمَا عَلَى أَنَّ الْمُرَادَ بِهِ الرَّفْعُ لَا سِيَّمَا وَفِي التَّحْرِيكِ قَوْلٌ بِأَنَّهُ حَرَامٌ مُبْطِلٌ لِلصَّلَاةِ فَمِنْ ثَمَّ قُلْنَا بِكَرَاهَتِهِ

Maksudnya:
"Tidak boleh mengerak-gerakkan jari telunjuk diketika mengangkatnya kerana ittiba' (ikut Nabi s.a.w.). Dan telah sahih hadis yang menunjuk kepada pentahrikannya (gerak-gerakkannya). Maka demi untuk menggabungkan kedua dalil, dibawalah tahrik (gerakan jari telunjuk) itu kepada makna "diangkat jari telunjuk". Terlebih lagi di dalam tahrik (gerakan jari telunjuk) ada yang pendapat menganggapnya sebagai sesuatu yang haram yang dapat membatalkan solat. Oleh kerana itu kami mengatakan bhawa tahrik (gerakan jari telunjuk) tersebut makruh."

+ Penjelasan dari kitab Syarqawi:
"Mengangkat telunjuk itu adalah dengan tanpa tahrik (menggerak-gerakkan telunjuk). Telah datang pula hadis yang menunjuk adanya tahrik. Namun, dalam kes ini yang menafikan didahulukan dari yang menetapkan. Berbeza dengan kaedah. Hal ini kerana adanya beberapa maslahat pada ketiadaan mentahrik itu yakni: Bahawa yang dituntut dalam solat adalah tidak (banyak) bergerak, kerana bergerak-gerak itu dapat menghilangkan kekhusyukan dan juga tahrik itu adalah sejenis perbuatan yang tiada gunanya dan solat haruslah terpelihara dari hal tersebut selama itu memungkinkan. Oleh kerana itu ada pendapat yang mengatakan batalnya solat kerana melakukan tahrik, walaupun pendapat ini lemah."

Wallahu a'lam bis shawab...
________________________________________________________________

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.
2. KIfayatul Akhyar fi Halli Ghoyatil Ikhtisor.

No comments:

Post a Comment