Pages

Saturday, June 26, 2010

Solat Sunat Qabliyyah Maghrib

Berdasarkan hadis-hadis berikut:

1)
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بْنُ سَعِيدٍ عَنِ الْحُسَيْنِ الْمُعَلِّمِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ الْمُزَنِىِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « صَلُّوا قَبْلَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ ». ثُمَّ قَالَ « صَلُّوا قَبْلَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ لِمَنْ شَاءَ ». خَشْيَةَ أَنْ يَتَّخِذَهَا النَّاسُ سُنَّةً.

Maksudnya:
"Dari Abdullah bin Mughaffal, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Solatlah kalian 2 rakaat sebelum Maghrib! Kemudian beliau bersabda: Solatlah kalian 2 rakaat sebelum Maghrib! Kemudian baginda bersabda pada yang ketiga kalinya: Bagi siapa yang suka untuk kerjakannya. Hal ini kerana beliau tidak mahu nanti orang-orang menjadikannya sebagai sesuatu yang wajib dilakukan."
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad dan al-Bukhari)
________________________________________

2)
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى قبل المغرب ركعتين

Maksudnya:
"Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah melakukan solat sunat qabliyah Maghrib 2 rakaat." Diriwayatkan dalam Sahih Ibnu Hibban.
_________________________________________

3)
عَنْ مُخْتَارِ بْنِ فُلْفُلٍ قَالَ سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنِ التَّطَوُّعِ بَعْدَ الْعَصْرِ فَقَالَ كَانَ عُمَرُ يَضْرِبُ الأَيْدِى عَلَى صَلاَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ وَكُنَّا نُصَلِّى عَلَى عَهْدِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- رَكْعَتَيْنِ بَعْدَ غُرُوبِ الشَّمْسِ قَبْلَ صَلاَةِ الْمَغْرِبِ. وكَانَ يَرَانَا نُصَلِّيهِمَا. فَلَمْ يَأْمُرْنَا وَلَمْ يَنْهَنَا.

Maksudnya:
"Dari Mukhtar bin Fulful, ia berkata: Kami pada masa Nabi s.a.w. melakukan solat 2 rakaat sesudah terbenam matahari sebelum solat maghrib. Beliau melihat kami melakukannya. Namun, beliau tidak menyuruh dan tidak juga melarang." (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
___________________________________________

Imam an-Nawawi berkata dalam kitabnya al-Majmu' Syarh Muhazzab:
في استحباب ركعتين قبل المغرب وجهان مشهوران في طريقة الخراسانيين (الصحيح) منهما
الاستحباب

Maksudnya:
Dalam hal kesunnatan 2 rakaat sebelum Maghrib terdapat 2 pandangan yang masyhur di kalangan ulama Khurasan. Namun, pendapat yang Sahih di antara keduanya ialah "Sunnatnya 2 rakaat sebelum Maghrib itu".
__________________________________________

Syeikh Ibrahim al-Bajuri berkata dalam kitabnya Hasyiah al-Bajuri:
ويسن ايضا ركعتان خفيفتان قبل المغرب - ففى الصحيحين من حديث أنس أن كبار الصحابة كانوا يبتدرون اى يستبقون السواري اي العمد لهما اي للركعتين اذا اذن المغرب

Maksudnya:
"Disunnatkan pula solat 2 rakaat yang ringan sebelum Maghrib. Dalam kitab Sahihain dari hadis Anas disebutkan bahawa pembesar-pembesar sahabat berlumba-lumba menuju tiang masjid untuk melakukan 2 rakaat sebelum Maghrib manakala azan Maghrib sudah dikumandangkan."
__________________________________________

ًWallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.

No comments:

Post a Comment