Pages

Saturday, June 26, 2010

Solat Sunat Qabliyyah Jumaat

Berdasarkan beberapa hadis Sahih.

Hadis Riwayat Abu Daud,
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ قَالَ كَانَ ابْنُ عُمَرَ يُطِيلُ الصَّلاَةَ قَبْلَ الْجُمُعَةِ وَيُصَلِّى بَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ فِى بَيْتِهِ وَيُحَدِّثُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ.

Maksudnya:
Dari Ibnu Umar r.a. bahawa ia sentiasa memanjangkan solat qabliyah Jumaat. Dan ia juga melakukan solat Ba'diyyah Jumaat dua rakaat. Ia menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. sering melakukan yang demikian.

حَدِيثُ ابْنِ عُمَرَ قَالَ الْعِرَاقِيُّ : إسْنَاده صَحِيحٌ
"Menurut Hafizh al-Iraqi, hadis Ibnu Umar itu isnadnya Sahih."

Imam an-Nawawi dalam Al-Khulasoh mengatakan: Hadis tersebut Sahih menurut persyaratan Imam Bukhari. Juga telah dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam Sahihnya.
___________________________________________

Hadis Riwayat Ibnu Majah,
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ وَعَنْ أَبِى سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالاَ جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِىُّ وَرَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ فَقَالَ لَهُ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « أَصَلَّيْتَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجِىءَ » قَالَ لاَ. قَالَ « فَصَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا ».

Maksudnya:
Dari Abu Hurairah dan Abu Sufyan dari Jabir, keduanya berkata:
Telah datang Sulaik al-Ghatfani diketika Rasulullah s.a.w. sedang berkhutbah. Lalu, Nabi s.a.w. bertanya kepadanya: "Apakah engkau sudah solat 2 rakaat sebelum ke sini?" Dia menjawab: "Belum." Nabi s.a.w. bersabda: Solatlah 2 rakaat dan ringkaskan solatmu itu. -Menurut al-Hafizh al-Iraqi, hadis Ibnu Majah iini adalah Hadis Sahih.-
___________________________________________

قَوْلُهُ : ( أَصَلَّيْت قَبْلَ أَنْ تَجِيءَ ) صَرِيحٌ فِي أَنَّهُ لَيْسَ الْمُرَادُ بِالرَّكْعَتَيْنِ تَحِيَّةَ الْمَسْجِدِ ، بَلْ هُمَا سُنَّةُ الْجُمُعَةِ ، فَيَصِحُّ الْإِحْرَامُ بِهِمَا بِقَصْدِ سُنَّةِ الْجُمُعَةِ وَالتَّحِيَّةُ دَاخِلَةٌ فِيهِمَا

"Syeikh Syihabuddin al-Qalyubi mengatakan bahawa hadis ini nyata dan terang berkenaan dengan solat sunat qabliyyah Jumaat, bukan solat tahiyyatul masjid. Hal ini dikeranakan tahiyyatul masjid tidak boleh dikerjakan di rumah atau di luar masjid melainkan harus dikerjakan di masjid"
__________________________________________

Syeikh Umairoh berkata: Andai ada orang yang mengatakan bahawa yang disabdakan oleh Nabi itu boleh jadi solat tahiyyatul masjid, maka dapat dijawab dengan: Tidak mungkin. Sebab solat tahiyyatul masjid tidak dapat dilakukan di luar masjid. Sedangkan Nabi s.a.w. bertanya: Apakah engkau sudah solat sebelum datang ke sini?
__________________________________________

Dalam kitab Hasyiah al-Bajuri menyebut:
والجمعة كالظهر فيما يسن لها فيسن قبلها اربع وبعدها اربع

Maksudnya:
Solat Jumaat itu sama dengan solat Zuhur dalam perkara yang disunnatkan untuknya. Maka disunnatkan sebelum Jumaat itu 4 rakaat dan sesudahnya 4 rakaat.
___________________________________________

Dalam kitab al-Majmu' Syarh Muhazzab:
تسن قبلها وبعدها صلاة وأقلها ركعتان قبلها وركعتان بعدها والاكمل اربع قبلها واربع بعدها

Maksudnya:
Disunnatkan solat sebelum dan sesudah Jumaat. Minimalnya adalah 2 rakaat qabliyyah dan 2 rakaat ba'diyyah. Dan yang lebih sempurna adalah 4 rakaat qabliyyah dan 4 rakaat ba'diyyah.
___________________________________________

Dalam kitab Iqna' oleh Khatib Syarbini:
والجمعة كالظهر فيما مر فيصلي قبلها أربعا وبعدها أربعا

Maksudnya:
Solat Jumaat itu sama seperti solat Zuhur. Disunnatkan sebelumnya 4 rakaat dan sesudahnya juga 4 rakaat.
___________________________________________

Wallahu a'lam bis shawab...

Rujukan:
1. Argumentasi Ulama Syafi'iyah.

No comments:

Post a Comment