Di dalam kitab al-Adzkar, Imam an-Nawawi berkata:
أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في " ج " : " ويصل ثوابُه " ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ " ( مسلم ( 974 ) ) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا " ( أبو داود ( 3201 ) ) وغير ذلك
واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : " اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه
Maksudnya:
Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah s.w.t. di dalam Surah al-Hasyr ayat 10:
"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Islam, Muhajirin & Ansor), mereka berdoa: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami..." Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah s.a.w. berdoa: "Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi' al-Gharqad." -Hadis Sahih Riwayat Muslim- (Doa Rasulullah s.a.w. yang lain): "Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah mati daripada kami..." -Hadis Riwayat Abu Daud dan lainnya- dan lain-lain.
(Imam an-Nawawi lanjutkan),
Mengenai bacaan al-Qur'an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafie bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi, sekumpulan sahabat Imam Syafie sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya, yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca (al-Qur'an), selepas sahaja selesai membacanya hendaklah berdoa:
"Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada si Fulan (sebutkan kepada siapa?)" dan juga disunatkan supaya memuji dan menyebut kebaikannya.
Wallahu A'lam bis shawab...
______________________________________
Rujukan:
1. Al-Adzkar. Imam an-Nawawi.
2. Perjalan Rabbani Merentasi Alam Dunia, Barzakh dan Akhirat. Dr. Musa bin Fathullah Harun.
3. Argumentasi Ulama Syafi'iyyah. Ustaz Haji Mujiburrahman.
Saturday, June 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment